Sila rujuk terma dan syarat berikut berkaitan permohonan pemulangan selepas barangan dihantar atau diterima:
Barangan yang telah dijual tidak boleh dipulangkan melainkan dalam keadaan berikut:
- Penghantaran Gagal – Barangan tidak sampai ke alamat penerima.
- Penghantaran Tidak Tepat – Barangan diterima tidak sama seperti yang ditempah.
- Kerosakan Ketika Penghantaran – Barangan mengalami kerosakan semasa dalam transit.
Kelayakan untuk Pemulangan Barangan:
Isu Penghantaran:
- Barangan diterima tidak seperti yang ditempah.
- Saiz atau warna barangan tidak sepadan dengan pesanan asal.
- Barangan tidak lengkap atau terdapat kekurangan item dalam bungkusan.
Kerosakan Barangan:
- Barangan rosak semasa diterima.
- Barangan telah diubah, dibuka, atau diperbaharui tanpa kebenaran.
Kos pemulangan adalah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya.
Syarat Pemulangan:
- Barangan mesti dipulangkan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan (bukti resit penghantaran diperlukan).
- Pelanggan perlu mengemukakan bukti pembelian (nombor pesanan & resit).
- Barangan perlu dalam keadaan asal – belum digunakan, masih dalam bungkusan asal, dan termasuk sebarang hadiah percuma.
- Pembungkusan mesti tidak rosak, tidak bertanda, dan belum digunakan.
- Barangan mesti dikembalikan dalam kotak asal atau bungkusan yang selamat bagi melindungi produk semasa penghantaran semula.
Nota Penting:
- Pesanan yang telah dibayar tidak boleh dibatalkan atau ditukar.
- Pembatalan kerana berubah fikiran tidak akan diterima.
Hak untuk Menolak Pemulangan:
Kami berhak menolak sebarang permintaan pemulangan, pembatalan atau bayaran balik sekiranya tidak memenuhi syarat atau dianggap tidak berasas.
ALAMAT PENGHANTARAN
- Penghantaran hanya dilakukan ke alamat yang dimasukkan semasa proses pembelian.
- Pastikan alamat dan nombor telefon yang diberikan adalah tepat dan boleh dihubungi.
- Kami tidak membuat penghantaran ke alamat P.O. Box (Petak Pos).
- Jika berlaku kesilapan pada alamat dan barangan dipulangkan kepada kami, kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kelewatan.
- Caj penghantaran semula akan dikenakan untuk penghantaran kali kedua, dan jumlah caj akan dimaklumkan setelah permintaan dibuat.
PERTUKARAN ALAMAT PENGHANTARAN
Untuk menukar alamat penghantaran, sila hubungi kami melalui e-mel di admin@serumsachainchi.com dalam masa 12 jam selepas pesanan dibuat.
Jika perubahan dibuat selepas 24 jam daripada pengesahan pesanan, caj tambahan mungkin dikenakan.
TEMPOH PENGHANTARAN
- Penghantaran akan mengambil masa 2 hingga 5 hari bekerja (Isnin – Jumaat).
- Barangan dihantar pada hari bekerja antara 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
NOMBOR PENJEJAKAN (TRACKING NUMBER)
- Selepas barangan dihantar, nombor penjejakan akan diberikan untuk rujukan.
- Segala komunikasi lanjut boleh dibuat melalui e-mel, WhatsApp atau SMS.
- Untuk produk/perkhidmatan digital, pengesahan dan resit akan dihantar melalui saluran komunikasi yang sama.
PINDAAN POLISI
Polisi ini boleh dikemas kini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Sebarang perubahan adalah berkuat kuasa serta-merta.
Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke:
admin@serumsachainchi.com
atau dapatkan maklumat kontak kami di laman Hubungi Kami .
Terima kasih kerana menyokong perniagaan kami!